Skip to main content

Advertisement

Berita

Cap Jari, Identiti Unik Yang Tidak Akan Pernah Sama di Seluruh Dunia

cap jari, identiti unik yang tidak akan pernah sama di seluruh duniaFoto sekadar hiasan

Daripada kira kira 16 billion ibu jari milik 8 billion manusia di seluruh dunia, tidak ada satu pun cap jari yang benar benar sepadan.

Advertisement

Setiap manusia membawa corak garisan unik pada hujung jari mereka, dan keunikan ini kekal sejak lahir hingga akhir hayat. Bahkan pasangan kembar seiras yang berkongsi DNA serupa juga tidak mempunyai corak cap jari yang sama.

Disebabkan keunikan inilah cap jari menjadi antara bukti paling kuat dalam penyiasatan jenayah.

Corak yang terhasil daripada lengkungan, pusaran dan garisan halus pada jari mampu membantu pihak berkuasa mengesan identiti pelaku dengan ketepatan tinggi.

Menurut Ben Adrian dalam bukunya Amazing Fingerprint, 

“Cap jari adalah guratan guratan halus yang terbentuk dari lapisan kulit dan membentuk pola tertentu,” ujarnya.

Pola ini tidak muncul secara rawak. Ia mula terbentuk ketika janin berada dalam kandungan melalui gabungan faktor seperti pergerakan bayi, tekanan air ketuban dan perkembangan kulit.

Lebih menarik, sebelum kajian moden mengenai biometrik dan cap jari dijalankan, Al Quran telah pun mengisyaratkan kehalusan penciptaan jari manusia.

 

 

Dalam Surah Al Qiyamah ayat 3 dan 4 disebutkan:

“Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulangnya? Bahkan Kami mampu menyusun kembali jari jemarinya dengan sempurna"

Ayat ini sering ditafsirkan oleh sarjana moden sebagai gambaran betapa halus dan uniknya ciptaan jari manusia, hingga struktur paling kecilnya pun berada dalam pengetahuan dan kekuasaan Tuhan.

Dalam dunia hari ini, teknologi biometrik memanfaatkan keunikan cap jari sebagai kaedah pengesahan identiti yang paling dipercayai. Penggunaannya bukan sekadar dalam bidang forensik, tetapi juga dalam telefon pintar, sistem perbankan dan keselamatan imigresen. Coraknya yang mustahil dipalsukan menjadikannya kunci keselamatan moden.

Cap jari mungkin hanya sekecil hujung jari, tetapi ia membawa identiti yang tidak akan dimiliki orang lain di bumi ini. Ia menjadi bukti bahawa setiap manusia dicipta dengan keistimewaan yang tidak berulang.

Sumber: Instagram

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda