Skip to main content

Advertisement

Berita

Cafe Khas Bagi Peminat Tegar Hello Kitty

cafe khas bagi peminat tegar hello kitty

Siapa peminat Hello Kitty dekat sini ? Haa ada berita baik untuk anda kerana terdapat sebuah kafe di Kota Bharu yang didekorasikan sepenuhnya bertemakan kartun dari Jepun itu di Jalan Sultanah Zainab, di sini.

Advertisement

Kafe ini dikenali sebagai La Kitty Cafe dan ianya dibuka sejak Januari lalu menyediakan kelainan buat pelanggan apabila menjadi kafe pertama di Kelantan bertemakan animasi yang diminati ramai selain menyediakan lebih 30 menu memikat selera.

Menurut penyelianya, Norma Mat Noh, 22, berkata konsep terbabit adalah idea asal pemilik kafe, Lam Kok Haur, 29, seorang doktor di Lundu, Sarawak yang sebelum ini bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Krian, dekat sini.

cafe khas bagi peminat tegar hello kitty

Antara juadah enak yang terdapat di kafe ini adalah variasi menu masakan panas dan Western, pelanggan dapat merasai suasana ceria dan bersahaja dikelilingi Hello Kitty di setiap sudut kafe. Kafe ini juga menyediakan pelbagai pilihan minuman panas atau sejuk yang disediakan bersama aiskrim. Biasanya aneka kopi seperti Hazelnut, Mocca dan Cappucino menjadi tarikan pelanggan di sini.

Apa yang menarik adalah kafe ini bertemakan animasi Hello Kitty yang bukan sahaja menarik minat golongan kanak-kanak malah dari pelbagai peringkat umur memandangkan ianya antara kartun yang dikenali ramai.

Menurut Norma, selain menggunakan logo Hello Kitty sebagai lambang utama kafe itu, dekorasi serta peralatan termasuk meja, pinggan dan bekas tisu juga menggunakan watak kartun terbabit.

Sumber - BH Online

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda