
Pelbagai usaha dijalankan oleh pelbagai pihak bagi menangani masalah denggi yang dibawa oleh nyamuk. Namun, terdapat sebuah kampung di wilayah Bataan di Filipina memberi tawaran menarik kepada penduduknya yang berjaya membunuh nyamuk.
Advertisement
Ganjara 1 kilogram beras akan diberikan kepada penduduk yang berjaya membunuh 200 ekor bangkai nyamuk.
Tawaran tersebut mendapat perhatian penduduk kampung dan ramai yang menggunakan pelbagai teknik bagi membunuh nyamuk. Antaranya, ada yang menggunakan pinggan dilumuri dengan minyak masak.
Pengerusi Majlis Kampung Alion, Marcialito ‘Al’ Balan berkata ganjaran tersebut adalah salah satu usaha mereka untuk menghapuskan nyamuk pembawa virus denggi yang telah mencetuskan kebimbangan serius terhadap penduduk.
Berdasarkan data rasmi, sejak bulan Januari sehingga minggu pertama bulan Ogos, terdapat 188, 562 orang yang disahkan mengidap denggi di negara tersebut.
Jumlah kematian akibat perkara tersebut pula mencecah 807 kes berbanding 497 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian