Skip to main content

Advertisement

Berita

Bukti Kasih Allah Di Sebalik Seekor Lebah Melalui Surah Ke-16: An-Nahl

bukti kasih allah di sebalik seekor lebah melalui surah ke-16: an-nahl

Foto sekadar hiasan

Advertisement

Surah An-Nahl terletak pada urutan ke-16 dalam Al-Qur’an. Menariknya, dalam biologi, lebah juga memiliki 16 pasang kromosom. Ada yang menganggapnya sebagai kebetulan, namun apabila meneliti ayat-ayat Al-Qur’an mengenai lebah, jelas terlihat ketelitian ciptaan Allah.

Al-Qur’an menceritakan secara khusus tentang lebah melalui firman Allah:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan ikutlah jalan-jalan Tuhanmu yang dimudahkan bagimu.”

(Surah An-Nahl, ayat 68–69)

Menariknya, perkataan 'kuli' yang digunakan dalam ayat ini ialah kata kerja feminin dalam Bahasa Arab. Sains moden kemudian membuktikan bahawa lebah yang keluar mengumpul nektar dan menghasilkan madu adalah lebah betina, sejajar dengan bentuk kata kerja yang digunakan dalam ayat tersebut.

Lebah diciptakan dengan sistem tubuh yang menakjubkan. Ia memiliki dua perut, satu untuk pencernaan dan satu lagi khusus menyimpan nektar.

Dari proses inilah terhasil cecair pelbagai warna seperti yang disebut dalam ayat berikut:

“Kemudian dari perutnya keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.”

(Surah An-Nahl, ayat 69)

 

 

Hasil penciptaan ini bukan sekadar keindahan biologi. Madu terbukti memiliki sifat penyembuhan, membantu mengurangkan inflamasi, merawat luka dan menjadi sumber nutrisi semula jadi sejak turun-temurun.

Selain madu, lebah menghasilkan propolis, bahan semula jadi yang lebih kuat sifat penyembuhannya. Propolis membantu melawan bakteria, virus dan meningkatkan sistem imun. Semua ini selari dengan kenyataan bahawa dalam ciptaan lebah terdapat sunnatullah yang menyokong kesihatan manusia.

Keserasian antara wahyu dan penemuan moden ini membuktikan bahawa Al-Qur’an bukan sekadar cocokologi, tetapi panduan untuk meneliti alam semesta.

Firman Allah mengingatkan:

“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan.”

(Surah An-Nahl, ayat 69)

Al-Qur’an menjadi lensa untuk melihat ciptaan, memadukan wahyu dan ilmu pengetahuan sebagai bukti kebesaran Allah yang tersusun dalam setiap makhluk, termasuk seekor lebah.

Sumber: Instagram

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda