Skip to main content

Advertisement

Berita

Budak Lelaki Ini Beli Kereta Untuk Ibunya Dengan Menjual Xbox Miliknya

Seorang budak lelaki berumur 13 tahun, William Preston telah menarik perhatian orang ramai dengan kisahnya yang menyentuh hati.

Ibunya, Krystal Preston mengalami kesusahan untuk mencari duit kerana tidak mempunyai kenderaan dan perkara itu membuatkan dia susah untuk bergerak. Namun, anak lelakinya sedih melihat keadaan ibunya.

Advertisement

Awalnya, dia memilih membersihkan kawasan rumah di kejiranannya bagi mengumpul duit untuk membeli kereta untuk ibunya.

“Saya melihat dalam yutube di mana ada orang membuat kejutan kepada ibunya dengan membeli sebuah kereta. Dan saya mahu lakukan perkara yang sama.” Kata William.

Setelah itu, William terjumpa seseorang menjual kereta melalui akaun Facebooknya. Kereta tersebut berjenama Chevrolet Metro 1999 dan dijual dengan harga yang agak murah. Lalu, William terus menghubungi pemilik kereta tersebut dan mahu membelinya dengan menukar kereta itu dengan Xbox miliknya.

Pada awalnya, pemilik kereta itu menolak. Namun, selepas beberapa ketika dan dia berfikir semula perkara itu, dia bersetuju dengan cadangan William.

Akhirnya William berjaya membeli sebuah kereta buat ibunya. Walaupun pada awalnya Krystal tidak mempercayainya namun, selepas menunjukkan kereta tersebut, dia terus menangis mengenangkan usaha anaknya yang berumur 13 tahun itu.

Sumber: WESH

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda