Petaling Jaya - Kanak-kanak lelaki maut dirempuh pacuan 4 roda di Jalan SS 9A/8, Sungai Way, semalam ketika sedang melintas jalan.
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner berkata pemandu yang berkenderaan jenis utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Advertisement
Kejadian yang berlaku pada jam 5:30 petang dan pihak polis menerima laporan pada jam 7:27 malam, disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Ketika pemandu kenderaan itu melalui lokasi kejadian, mangsa yang secara tiba-tiba melintas jalan dan menyebabkan pemandu tidak sempat untuk mengelak sehingga melanggar mangsa.
“Mangsa mengalami kecederaan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 atau hadir di balai polis yang berhampiran.
Sumber AlHijrah Online