
Kumpulan pop Korea, BTS terus melakar sejarah tersendiri apabila bakal mengadakan persembahan di Riyadh, Arab Saudi pada 11 Oktober ini.
Advertisement
BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Jungkook, Jimin, J-Hope, Suga dan V menjadi artis antarabangsa pertama yang mengadakan persembahan di sana dan bakal berlangsung di Stadium Antarabangsa Raja Fahd.
“Berita tergempar buat warga Arab Saudi! BTS akan menjadi selebriti antarabangsa pertama membuat konsert di stadium. Mereka akan mengadakan persembahan di Stadium Antarabangsa Raja Fahd pada 11 Oktober,” katanya.
Awal tahun ini, BTS telah menarik perhatian dunia apabila menjadi tetamu undangan bagi menyampaikan trofi pada majlis Anugerah Grammy.
Demam K-Pop turut memberi impak kepada negara Islam itu dan dikatakan kumpulan Super Junior dan Stray Kids turut dijemput mengadakan konsert di Jeddah.
Sumber: Astro Awani