Skip to main content

Advertisement

Berita

Selepas 11 Hari Tayangan BoBoiBoy Movie 2 Berjaya Meraih RM21 Juta

selepas 11 hari tayangan boboiboy movie 2 berjaya meraih rm21 juta

Selepas 11 hari tayangan, filem animasi BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) terus melonjak dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM 21 Juta.

Advertisement

Perkara itu telah dikongsikan oleh Astro Shaw sendiri melalui akaun Instagram mereka.

"Jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadap filem animasi tempatan. Dapatkan tiket filem BoBoiBoy Movie 2 anda sekarang. Kini di pawagam!" tulis pengendali akaun terbabit.

Sebelum ini BoBoiBoy Movie 1 berjaya meraih kutipan berjumlah RM 15.8 juta. Namun, untuk BBM 2 ini, mereka hanya mengambil masa 8 hari sahaja untuk mengatasi jumlah tersebut.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda