Semalam telah tular gambar di atas dimana seorang bilal di surau Taman Free School, Georgetown membuka surau untuk menempatkan kaum bukan muslim yang terperangkap dalam banjir. Ramai yang memuji tindakan yang dilakukan oleh bilal tersebut dimana dalam situasi genting, bersama-sama membantu kaum bukan muslim yang dalam kesusahan.
Bilal tersebut yang bernama Sapno Tukijo berusia 5o tahun berkata bahawa jumlah mangsa yang ditempatkan didalam surau tersebut ialah 70 orang termasuk kaum Cina dan India yang merupakan penduduk kampung sekitar Lengkuk P.Ramlee yang terjejas akibat banjir.
Sapno turut menjelaskan bahawa ramai mangsa yang segan untuk menumpang teduh di surau tersebut kerana menghormati surau namun apabila diperjelaskan dengan lebih lanjut, mereka akhirnya bersetuju. Ada yang sehelai sepinggang menyelamatkan diri dari banjir dan apa yang dilakukan oleh Sapno amatlah terpuji. Sapno juga tidak kisah dikecam kerana beliau akan berasa lebih bersalah jika tidak memberikan pertolongan untuk mereka yang terperangkap dalam banjir dan tidak ada arah tuju.
