Baru-baru ini viral di media sosial akan sebuah video yang memaparkan seorang pelajar sedang menghisap rokok di dalam kelas walaupun gurunya berada di hadapan kelas.
Advertisement
Bukan setakat itu sahaja, dalam video berdurasi 54 saat itu juga, kelihatan pelajar itu bertindak kurang ajar apabila mencengkam leher baju gurunya seakan-akan mahu memukul lelaki tersebut sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
Selepas video itu tular,pihak polis mula membuat tindakan dengan mencari dan menyiasat pelajar tersebut. Semua pihak yang terlibat dengan insiden terbabit telah dipanggi ke Balai Polis Wringinanom.
Guru yang dikenali dengan nama Nur Kalim, 30 dan pelajar tersebut hadir bersama ibu bapanya, pihak dari Perlindungan Perempuan Anak Jaim serta pegawai dari Kementerian Sosial.
Walaubagaimanapun, lelaki tersebut telah memaafkan tindakan pelajar terbabit kerana beliau telah menganggap pelajar tersebut seperti anaknya sendiri.
Nur Kalim juga akui beliau sudah memaafkan sikap pelajarnya itu sejak dari awal lagi.
“Saya sudah memaafkan sikap siswa saya. Meski begitu siswa saya adalah anak didik saya sendiri. Ia juga saya anggap anak saya sendiri,” kata Nur Kalim.
Pelajar tersebut turut meminta maaf kepada guru tersebut akan kesalahannya. Malah beliau terus melutut sujud dengan penuh tangisan.
Pelajar tersebut lantas mencium kaki Nur Kalim. Guru berkenaan yang terkejut lantas mengangkat tubuh pelajar tersebut. “Sudah-sudah jangan bersujud. Saya maafkan,” kata Nur Kalim.