Skip to main content

Advertisement

Berita

Betul Ke Air Kelapa Boleh Ganti Air Dalam Intravenous Bag Di Hospital?

Intravenous Bag (IV Bag) adalah bag yang mengandungi cecair untuk merawat dehidrasi, memulihkan tenaga pesakit yang kerap digunakan di hospital.

boleh ke ganti air kelapa ganti air dalam intravenous bag di hospital?

Namun, wujud pendapat bahawa air kelapa boleh digunakan sebagai pengganti kepada IV Bag kerana didakwa air kelapa bersifat isotonik dan steril (tiada mikrorganisma/kuman) dan ianya dikatakan sesuai bagi menggantikan IV Bag jika darurat.

Advertisement

boleh ke ganti air kelapa ganti air dalam intravenous bag di hospital?

Betul ke?

Dipetik daripada portal NPR, air kelapa pernah diberikan kepada pesakit ketika Perang Dunia ke-2. Namun, hanya ada satu kajian saintifik sahaja yang menunjukkan seorang lelaki  berjaya dirawat menggunakan air kelapa.

boleh ke ganti air kelapa ganti air dalam intravenous bag di hospital?

Namun, menurut seorang profesor di University of Iowa Carver College of Medicine, Mark Graber, air kelapa tidak mempunyai kandungan sodium yang mencukupi untuk berada dalam salur darah.

"Ia bukan penyelesaian yang optimum untuk menggantukan IV bag kerana ia tidak mempunyai kandungan sodium yang mencukupi untuk kekal dalam aliran darah," kata Graber.

"Dan ia boleh menyebabkan kandungan kalsium dan kalium tinggi, yang mungkin berbahaya."

Sumber: NPR

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda