Skip to main content

Advertisement

Berita

[VIDEO] 46 Saat Paling Ngeri, Penjaga Diserang Beruang di Safari Hangzhou!

[video] 46 saat paling ngeri, penjaga diserang beruang di safari hangzhou!

Foto: X (@Shanghaidaily)

Advertisement

Dalam insiden yang hanya berlangsung 46 saat, namun terasa seperti seabad bagi para penonton apabila sebuah pertunjukan rutin di Hangzhou Safari Park bertukar menjadi detik mendebarkan tatkala seekor beruang hitam tiba-tiba menyerang penjaganya di atas pentas.

 

 

Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika persembahan interaksi haiwan sedang berlangsung. Penonton yang pada mulanya terhibur, berubah panik apabila beruang berkenaan meluru ke arah penjaga, menyebabkan jeritan memenuhi ruang pertunjukan.

Pihak zoo mengesahkan bahawa penjaga tersebut selamat, meskipun berdepan saat genting yang menggetarkan jantung. Tindakan pantas pasukan keselamatan zoo berjaya mengawal situasi sebelum ia bertambah buruk.

[video] 46 saat paling ngeri, penjaga diserang beruang di safari hangzhou!

Foto: X (@Shanghaidaily)

Menurut kenyataan rasmi, beruang itu kini dikeluarkan daripada semua pertunjukan sehingga siasatan dalaman selesai. Namun yang lebih mencuri perhatian ialah penjelasan awal pihak zoo dan pegawai hidupan liar dipercayai bau makanan atau snek yang berada berdekatan mungkin telah mencetuskan naluri memburu makanan pada beruang berkenaan.

Walaupun beruang di pusat konservasi biasanya terlatih, pakar menjelaskan bahawa haiwan liar tetap mempunyai naluri semula jadi yang boleh aktif tanpa amaran. Dalam kes ini, bau makanan sudah cukup untuk membuat haiwan sekuat itu hilang fokus dan bertindak agresif.

Insiden ini sekali lagi membuka perbincangan tentang keselamatan persembahan haiwan di zoo serta bagaimana naluri binatang tidak boleh dipandang remeh walaupun dalam persekitaran terkawal.

Sumber: X (@Shanghaidaily)

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda