Pencarian beruang Alaska paling gemuk kini sudah menjadi sensasi di media sosial. Dalam penilaian terkini pada Selasa, seekor beruang betina yang bunting berwarna perang gelap yang dikenali dengan nama 409 Beadnose akhirnya dinobat sebagai Beruang Paling Gemuk 2018.< /p>
Beadnose menyingkirkan seekor lagi beruang Alaska jantan yang dinamakan 747 – seperti nama pesawat jumbo – dalam satu undian atas talian kelolaan Taman Negara Katmai sempena kempen pencarian beruang tergemuk atau Fat Bear Week. Dalam pemerhatian, beruang jantan lazimnya lebih besar dari segi saiz namun Beadnose kali ini lebih menyerlah.
Advertisement

Kredit gambar: Reuters
Beadnose mempunyai masa sehingga beberapa minggu untuk memakan seberapa banyak ikan salmon sebelum mendaki kawasan pergunungan dan berehat untuk ‘meraikan’ kemenangannya.
Kredit: Astro Awani