Skip to main content

Advertisement

Berita

Disangkakan Sudah Meninggal, Namun Remaja Ini Mengalirkan Air Mata Sewaktu Pengebumian

disangkakan sudah meninggal, namun remaja ini mengalirkan air mata sewaktu pengebumian

Pantang maut sebelum ajal, begitulah simpulan bahasa yang sesuai dengan kisah seorang remaja di India. Sebelum ini beliau yang dikenali sebagai Gandham Kiran, 18, disahkan telah mati doktor oleh doktor yang merawatnya.

Advertisement

Walaubagaimanapun, ketika ibunya membalut remaja lelaki itu dengan kain dia terpandang anaknya mengalirkan air mata. Terkejut dengan kejadian itu, terus dia memberitahu saudara maranya yang lain dan terus memanggil doktor.

Doktor mengesahkan nadi remaja lelaki itu masih ada dan bernasib baik kerana mesin bantuan pernfasan masih tidak dicabut.

"Saya terkejut dan segera memberitahu saudara-mara yang kemudian menghubungi doktor.

"Kami diberitahu bahawa nadi anak saya masih ada dan bersyukur kerana alat bantuan pernafasan masih belum ditanggalkan," kata Saidama kepada Hindustan Times.

Menurut Saidama, dia mahu anak lelakinya menghembuskan nafas terakhir di kampung, oleh itu Kiran dibawa pulang bersama sistem sokongan hayat.

Tiga hari selepas Kiran hidup semula dia mula bercakap dan kini sedang menerima rawatan doktor. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda