Skip to main content

Advertisement

Berita

Beli Almari Terpakai Tapi Terjumpa Duit Di Dalamnya

Kredit gambar utama: Pexels

 

Advertisement

Bab duit ni ramai yang gelap mata, kan? Berapa ramai yang akan contohi sikap lelaki ini?

Seorang lelaki Rome terkejut apabila menemui wang tunai berjumlah 95,000 euro (RM451,400) dalam laci almari secondhand yang baru dibelinya secara online.

 

Walaupun dia boleh mendiamkan penemuan ini, tetapi pekerja pembinaan ini bertindak memulangkan wang itu.

Lelaki itu dan isterininya Stanici mengakui mereka tidak dapat tidur setelah menemui wang itu. Iyalah bayangkan kalau wang itu hanya umpan untuk memerangkap mereka.

Demi memulangkan wang ini, lelaki itu sanggup pergi ke lokasi pemilik almari. Dari situ dia mengetahui almari itu milik mendiang bapa lelaki itu dan mereka langsung tidak mengetahui tentang wang itu.

 

Kredit: AP News

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda