
Foto Hiasan
Advertisement
Ada satu teori yang semakin digemari ramai iaitu ‘GPS Theory’. Ringkas, lembut dan sebenarnya sangat dekat dengan hidup kita kerana apabila kita terlepas simpang, GPS tak marah. Tak ada suara yang berkata, “Apa ni? Dah salah jalan dah!”
Ia cuma berhenti sekejap… kemudian muncul perkataan yang menenangkan:
‘Recalculating’.
Begitu jugalah hidup.
Kita mungkin akan salah langkah, tersilap keputusan, terlepas peluang atau buat pilihan yang akhirnya membawa kita ke jalan yang berlopak. Tetapi destinasi hidup kita yang berupa impian, harapan dan hala tuju besar kita tidak akan padam hanya kerana satu simpang yang terlepas.
Kadang-kadang kita rasa terlambat. Kadang-kadang kita rasa orang lain dah jauh di hadapan. Kadang-kadang jalan baru lebih panjang, lebih sunyi atau memaksa kita berpatah balik sedikit. Tetapi hakikatnya, laluan itu bukan kegagalan. Ia cuma versi alternatif yang mungkin membawa perspektif baru, kekuatan baru atau orang-orang yang kita memang patut jumpa di sepanjang perjalanan.

Foto Hiasan
Dalam hidup, kita tak perlukan peta yang sempurna. Kita cuma perlukan keberanian untuk bergerak walaupun arah berubah.
Selagi destinasi itu masih dalam hati, masih diingini dan masih diperjuangkan, hidup akan sentiasa mencari laluan.
Pelan A bertukar menjadi Pelan B, kemudian C, kemudian Z sekalipun… namun satu perkara tidak berubah: Kita masih boleh sampai. Laluan lain tetap wujud.
Jadi kalau hari ini terasa tersasar, tarik nafas dan ingatkan diri:
Hidup sedang ‘recalculating’ dan itu bukan berita buruk. Itu tanda masih ada jalan untuk sampai ke matlamat.
Artikel ini diolah daripada ciapan pengguna X:
