Pelajar Malaysia ini bukan sahaja memberikan tumpuan kepada pembelajarannya sehingga menjadi pelajar cemerlang. Malah, beliau bekerja sebagai parti-time cleaner demi membiyai tiket penerbangan kedua ibu bapanya bagi menghadiri majlis graduasinya.
Muhammad Afiq Ismail antara pelajar cemerlang Malaysia yang menyambung pelajaran di University of Essex, United Kingdom dengan tajaan.
Bapanya seorang penggembala kambing dalam masa yang sama bekerja di ladang minyak kelapa sawit. Kedua ibu bapanya bekerja sangat keras untuk membiyai pelajarannya sambil menjaga abangnya yang kurang upaya.
Sepanjang berada di UK beliau tidak pernah berhenti memikirkan soal ibu bapanya. Dia bertekad untuk membiyai perjalanan ibu bapanya bagi menghadiri ke majlis graduasinya.
“Ayah dan emak saya tidak pernah naik kapal terbang. Jadi, saya mahu mneghadiahi mereka tiket kapal terbang untuk menyaksikan saya menerima ijazah. Ini adalah antara hadiah saya buat mereka selepas mereka banyak berjasa kepada saya dalam pembelajaran.”
Bulan ini, Muhammad Afiq akan bergraduasi dengan kelas pertama dalam bidang perakaunan dan kewangan.
“Sepanjang hidup saya, saya hanya mahu berikan yang terbaik buat mereka. Bukan sekadar sijil tetapi pengalaman yang sungguh bernilai iaitu melihat anak mereka menerima sijil. Saya sangat berharap saya dapat bersama dengan mereka ketika hari bersejarah kelak.
Sumber: Ilm Feed