
Seorang juruterbang pencen yang dikenali sebagai Bahadur Chand Gupta, 62 tahun yang berasal dari Haryana, India telah membelanjakan wang hasil jualan tanah dengan membeli sebuah pesawat.
Advertisement
Pesawat model Airbus 300 tahun 2003 itu telah dibelinya dengan harga 600,000 rupees atau bersamaan RM 35,000. Dia melakukan perkara itu dengan niat untuk membantu masyarakat miskin di tempatnya merasai pengalaman menaiki pesawat.

Pesawat itu terletak di sebuah kawasan pinggir berhampiran lapangan New Delhi, orang ramai diajak dan dijemput untuk merasai pengalaman berada di dalam kapal terbang walaupun tidak bergeak.
Caj yang dikenakan adalah mengikut kasta. Jika mereka dari keluarga yang miskin, tiada caj yang akan dikenakan. Namun, jika mereka dari golongan pertengahan, mereka akn dicaj 65 rupees atau RM 3.80.
Gupta juga akan mengajar para pengunjung tentang bagaimana mengawal pesawat dan mengosokonannya ketika berada dalam situasi kecemasan. Malah, mereka juga menyediakan makanan kepada para pelawat.

Sumber: Daily Mail