Skip to main content

Advertisement

Berita

[VIDEO] Bantuan atau Penghinaan? Bekalan Masuk Gaza Berulat & Tak Layak Dimakan!

[video] bantuan atau penghinaan? bekalan masuk gaza berulat & tak layak dimakan!

Foto: X (@Abdullah_Om3r03)

Advertisement

Gaza sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila dakwaan mengejutkan tersebar mengenai bekalan bantuan yang baru memasuki wilayah bergolak itu. Menurut sumber lapangan, kotak-kotak bantuan yang sepatutnya menjadi penyelamat buat rakyat Palestin yang sedang kebuluran didapati tidak sesuai dimakan manusia, malah kebanyakannya sudah luput tarikh dan mengandungi ulat.

 

 

Video dan gambar yang dikongsi petugas kemanusiaan menunjukkan keadaan bekalan yang sangat menyedihkan kerana tin makanan berkarat, bungkusan kembung serta label luput yang sudah lama melepasi tarikh selamat. Ada juga bantuan berbentuk makanan kering yang dikatakan lebih mirip makanan haiwan berbanding bekalan kecemasan untuk manusia yang sedang berdepan krisis kemanusiaan paling buruk abad ini.

Petugas yang memeriksa bantuan tersebut mendakwa bahawa beberapa bungkusan apabila dibuka mengeluarkan bau busuk dan ada yang mendapati ulat merayap keluar daripada dalam makanan.

“Kalau beginilah ‘bantuan’ yang sampai, ini bukan menyelamatkan nyawa… ini menghina maruah manusia,” kata seorang sukarelawan yang enggan dinamakan demi keselamatan.

Rakyat Gaza kini hidup di ambang kebuluran dengan akses makanan, air dan ubat-ubatan semakin kritikal. Oleh itu, pendedahan ini menimbulkan kemarahan global, kerana bantuan sepatutnya menjadi talian hayat bukan sesuatu yang boleh memudaratkan lagi keadaan.

Pakar kemanusiaan menggesa siasatan segera dilakukan terhadap pihak yang menghantar bekalan sedemikian dan menekankan bahawa dalam situasi perang, standard keselamatan makanan tidak boleh diabaikan walau sedikit pun.

Sumber: X (@Abdullah_Om3r03)

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda