Bayi perempuan dilahirkan dalam keadaan sempurna di temui di sebuah kedai menjual ayam di Johor, pagi tadi.
Bayi yang masih hidup dan bertali pusat itu ditemukan di atas lantai kedai oleh pemilik kedai ayam tersebut pada anggarn jam 7:50 pagi tadi, sebelum memulakan perniagannya.
Advertisement

Supt Hanyan Ramlan berkata, “Bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan sempurna dan dianggarkan berusia antara tiga hingga empat hari berdasarkan keadaan tali pusat,” katanya pada sidang media di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.”
“Kita telah mengarahkan semua klinik swasta supaya memaklumkan kepada polis atau pihak berkuasa sekiranya ada maklumat berkaitan pesakit wanita yang baru bersalin.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.
Sumber : AlHijrah Online