Skip to main content

Advertisement

Berita

Tertinggal Puasa Atas Sebab Tertentu? Ramai Tak Sangka Jumlah Fidyah Sama Dengan Secupak Beras!

tertinggal puasa atas sebab tertentu? ramai tak sangka jumlah fidyah sama dengan secupak beras!

Foto Hiasan

Advertisement

Ramadan adalah bulan ibadah yang penuh keberkatan. Namun, ada kalanya seseorang tidak mampu menunaikan puasa atas sebab-sebab tertentu seperti sakit kronik, usia lanjut atau keadaan lain yang dibenarkan syarak. Dalam situasi ini, fidyah menjadi kewajipan yang perlu ditunaikan.

Kadar fidyah ditetapkan berdasarkan nilai 1 cupak beras, iaitu RM1.75 sehari.

Jika seseorang meninggalkan 7 hari puasa, kiraannya adalah:

RM1.75 x 7 hari = RM12.25

Ini bermakna, jumlah fidyah yang perlu dibayar ialah RM12.25.

Fidyah boleh dibayar:

Secara tunai

Di pejabat zakat yang berdekatan

 Pembayaran ini bertujuan untuk menggantikan nilai cupak beras yang sepatutnya diberikan kepada golongan yang memerlukan.

tertinggal puasa atas sebab tertentu? ramai tak sangka jumlah fidyah sama dengan secupak beras!

Foto Hiasan

Fidyah bukan sekadar bayaran, tetapi satu bentuk tanggungjawab dan keprihatinan sosial. Ia membantu mereka yang kurang berkemampuan di samping menyempurnakan kewajipan agama bagi individu yang tidak mampu berpuasa.

Jangan berlengah dalam menunaikan fidyah. Lebih cepat ditunaikan, lebih tenang hati kita.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda