
Wow! Rezeki bertuah betul budak ni! Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun kini bergelar jutawan setelah berjaya meraih sebanyak As$11 juta iaitu dalam linkungan RM45 Juta dalam masa 1 tahun. Apa rahsia ni??
Advertisement
Kalau korang nak tahu, Ryan dan keluarganya bekerjasama dalam menghasilkan satu rancangan yang berjudul Ryan ToysReview menerusi Youtube dimana kesemua video merupakan rakaman Ryan yang memberi komen bagi setiap permainan kanak-kanak yang digunakan.
Rakaman video ini bermula ketika Ryan berusa 4 tahun dan rancangan Youtube mereka mendapat perhatian orang ramai . Video pertama yang viral dengan jumlah tontonan lebih 800 juta dimana Ryan membuka kotak yang mengandungi lebih 100 permainan Cars keluaran Pixar.
Video yang dirakam memperlihatkan Ryan sungguh petah berkata-kata ketika memberi ulasan sesuatu permainan kanak-kanak itu. ‘
Ibu Ryan kini sudah berhenti menjadi guru dan mengurus akaun Youtube anaknya sepenuh masa. Ryan kini mempunyai jumlah pengikut 10 Juta dan pendapatan Ryan telah mencapai AS$11 juta setiap tahun bermula jun 2016 dan kini Ryan merupakan penerima nombor 8 bayaran tertinggi di Youtube sejak tahun lalu. Hanya dengan Review permainan kanak-kanak, Ryan kini antara jutawan cilik di dunia..

Sumber - Business Insider/ mstar