Skip to main content

Advertisement

Berita

Baru Berumur 13 Tahun Sudah Berjaya Reka Aplikasi Gantikan Buku Teks

baru berumur 13 tahun sudah berjaya reka aplikasi gantikan buku teks

Baru-baru ini di Kuching, Seorang remaja berusia 13 tahun berjaya mencipta satu aplikasi buku teks yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan buku teks dalam bentuk fizikal.

Ahmad Zulfadzli Khamidi, 13, berhasil membangunkan aplikasi tersebut dalam tempoh dua minggu daripada hasil bimbingan dan tunjuk ajar daripada Malaysia Global Innovation dan Creative Centre (MaGIC) di Borneo774, Bintawa.

Zulfadzli mengatakan baahwa idea tersebut muncul daripada pengalamannya sendiri yang kurang gemar membaca buku teks kerana berasa cepat bosan dan mengantuk.

Menurut Zulfadzli, dia menghadapi kesukaran untuk merealisasikan impian itu. Beliau mempunyai idea tetapi tidak tahu bagaimana untuk membangunkan aplikasi serta menulis kod untuk perisian tersebut.

Ahmad Zulfadzli bersama ibunya yang berkunjung ke Borneo744 bagi meminta pandangan berkenaan hal itu berasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa terdapat program untuk mempelajari prinsip asas pengekodan ditawarkan secara percuma di sana.

Advertisement

Zulfadzli juga ada mengatakan yang guru tidak lagi perlu menanda setiap latihan dan kertas peperiksaan selain dari murid tidak perlu membawa buku ke sekolah dan berdepan dengan masalah kehilangan buku dan alat tulis.

Katanya lagi, Aplikasi ini sangat mudah dan sesuai untuk semua golongan pelajar seperti sekolah rendah, menengah dan pelajar universiti.

Bagi permulaan Zulfadzli mereka buku teks subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains dalam aplikasi itu. Subjek lain akan menyusul kemudian.


Rekaan tersebut itu telah memberikan kemenangan kepasa Zulfadzli dalam kategori junior di Hack Weekend KCH iaitu pertandingan hackathon yang dianjurkan sempena Forum Remaja Tegas 2017 di Pusat Konvensyen Borneo pada 14 Oktober lalu.

Kini Zulfadzli dalam proses untuk menyiapkan aplikasi keduanya bagi membantu usahawan kecil di Sarawak untuk memasarkan produk mereka.

Sumber- The Star

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda