Skip to main content

Advertisement

Berita

Banjir Besar Dijangka Melanda Malaysia Bulan Ini

banjir besar dijangka melanda malaysia bulan iniSumber dari Astro Awani

Ketika ini pastinya rakyat Malaysia perlu sentiasa berjaga-jaga kerana dijangkakan Malaysia diramal akan mengalami banjir besar pada bulan ini berikutan fasa perubahan tiupan monsun. Menurut Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, ketika ini taburan hujan yang meningkat merupakan amaran awal dan ianya diramal berlaku di negara lain seperti Indonesia dan Filipina.

Advertisement

Datuk Seri Wan Junaidi juga telah meminta kerajaan negeri dan juga Majlis Keselamatan Negara untuk bersedia dan mengambil langkah-langkah awal untuk berhadapan dengan fenomena banjir ini tidak lama lagi.

Apa pun, kami di Zayan mendoakan agar banjir besar ini tidak berlaku hendaknya dan jika benar, semoga segalanya berada di dalam kawalan.

Dengarkan Zayan menerusi online di dengar.zayan.my

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda