Skip to main content

Advertisement

Berita

Bangkai Ikan Paus Terdampar Di Tepi Pantai Selepas Menelan 5.9kg Plastik

Seekor bangkai ikan paus yang mengandungi  5.9 kilogram sampah plastik di dalam perutnya dijumpai terdampar di perairan Wakatobi, Sulawesi Tenggara.

bangkai ikan paus menelan 5.9kg plastik ditemui kerana membusuk

Saleh Hanan, Aktivis dari Yayasan Lestari Alam Wakatobi mengatakan hasil bedah siasat dan laporan paus mati berpunca daripada plastik dilihat bukan perkara asing kerana sudah banyak kali ia terjadi.
"Sampah ini tidak boleh dicerna berbeza dengan tulang ikan walaupun keras tetapi boleh dicernakan dengan baik.

"Sampah plastik tidak boleh terurai di perut paus dan boleh mengakibatkan keracunan hingga pencernaan terganggu. Akhirnya ikan paus mati," katanya.


Saleh juga memberitahu, mamalia tersebut mati kerana mengalami malnutrisi dan mati disebabkan nafsu makan berkurang kerana pengumpulan sampah yang banyak dalam perut.

Advertisement


Dalam perut paus tersebut ditemukan plastik sampah seperti botol plastik, tali rafia, botol minyak wangi, jaring, cawan plastik dan selipar. 

Sumber: Kompas

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda