Kelantan antara negeri yang bakal menerima penambahan kenderaan yang paling tinggi. Dikatakan hampir sejuta kenderaan akan masuk ke Kelantan pada Syawal ini. Jadi, boleh bayangkan macam mana kesesakan lalu lintas?
Disebabkan oleh itu, ada pihak yang sanggup menyewa helikopter untuk pulang ke kampung. Sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyewa helikopter, Hazmi Dimasyq Group, telah menerima lebih 11 permintaan untuk menyewa helikopter bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
Advertisement
Ini kali pertama mereka menyediakan perkhidmatan tersebut dan sehingga kini sudah 20 buah helikopter disediakan bagi perkhidmatan tersebut.
Kos penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kelantan mencecah RM 30,000 sehala. Setakat ini ada dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang
Sumber: Sinar Harian