Skip to main content

Advertisement

Berita

Bahagian Belakang Kuali Anda Hitam? Ini Cara Yang Anda Boleh Lakukan

Kredit https://www.rasa.my

Walaupun dah cuba beberapa kali menyental jelaga hitam di bahagian belakang kuali, namun tetap sukar nak dibersihkan. Jadi, apa yang anda perlu buat, jangan buang lagi kuali tersebut, ada cara-caranya untuk buatkan kuali anda kembali cantik !

Advertisement

Bahan-bahan

  • Soda bikarbonat secukupnya
  • Berus dawai
  • Sedikit air

Cara-cara :

  1. Anda basuhkan kuali, kemudian tabur soda bikarbonat dengan anggaran 2 sudu makan sahaja
  2. Anda ambil berus dan gosok kuali anda. Pastikan air tidak banyak malah anggaran agak-agak basah sahaja.
  3. Kemudian, teruskan menggosok hingga kesan jelaga hitam itu hilang.
  4. Anda basuh dan bilas kuali dengan air. Hasilnya memang terbaik ! Selamat mencuba ya  ..

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda