Skip to main content

Advertisement

Berita

Ramai Ingat Puasa Melemahkan, Dalam Diam Badan Sedang Makan Lemak dan Bersihkan Sel Pra-Kanser!

ramai ingat puasa melemahkan, dalam diam badan sedang makan lemak dan bersihkan sel pra-kanser!

Foto: X (@SantapanMinda)

Advertisement

Setiap kali musim puasa, mesti ada yang risau:

“Boleh tahan ke tak kalau tak makan lama? Nanti badan lemah!”

Tetapi hakikat yang ramai tak sedar, walaupun kita nampak lesu di luar, di dalam badan sebenarnya sedang berlaku satu proses rawatan dalaman yang sangat hebat!

Proses ini dikenali sebagai Autophagy, satu istilah saintifik yang bunyinya macam filem sci-fi, tetapi sebenarnya adalah mekanisme semula jadi badan untuk ‘cuci’ dan baiki diri sendiri.

Menurut perkongsian bermanfaat daripada Public Health Malaysia, ketika kita berpuasa lebih 14 jam, badan mula masuk ke mod kitar semula yang luar biasa.

 Jam 0 - 12

Dalam tempoh awal, badan menggunakan simpanan gula (glikogen) sebagai tenaga. Paras insulin mula menurun dan tubuh bersedia mencari sumber tenaga lain.

 Jam 14 Ke Atas

Di sinilah drama sebenar bermula. Otak seolah-olah membunyikan loceng kecemasan, lalu mengaktifkan suis Autophagy. Badan mula terdesak untuk tenaga dan mula membersihkan apa sahaja yang rosak.

Operasi Pembersihan Epik Dalam Badan

  • Ketika Autophagy aktif, sel-sel dalam badan mula:
  • Memburu sel pra-kanser
  • Menghapuskan toksin dan protein rosak
  • Membersihkan sisa yang dikaitkan dengan Alzheimer
  • Memecahkan lemak organ (visceral fat) untuk tenaga

Pendek kata, badan kita sedang buat ‘spring cleaning’ versi biologi!

Sebab itulah, proses ini sukar berlaku jika kita asyik makan sepanjang hari tanpa henti. Suis Autophagy tak sempat dihidupkan dan sel rosak terus terkumpul.

Selepas seharian berpuasa, sel badan ibarat span yang bersih. Jadi jangan kejutkan pankreas dengan minuman terlalu manis atau air balang.

ramai ingat puasa melemahkan, dalam diam badan sedang makan lemak dan bersihkan sel pra-kanser!

Foto Hiasan

Cara terbaik:

  • Mulakan dengan kurma & air kosong
  • Diikuti protein
  • Tambah sayur-sayuran

Barulah badan kekal stabil tanpa kejutan gula.

Jadi kalau nampak muka penat waktu puasa, jangan ingat badan sedang rosak kerana sebenarnya ia sedang membaiki diri secara senyap.

Puasa bukan sekadar ibadah, tetapi juga peluang untuk tubuh menjalankan proses penyembuhan semula jadi yang jarang berlaku ketika kita makan tanpa henti.

Selamat berpuasa dan selamat memberi peluang kepada badan anda untuk ‘reset’!

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda