
Azmil Mustapha, pelakon yang popular di era 80 an meninggal dunia pada jam 1 tengah hari tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Seksyen 9 Shah Alam pada usia 65 tahun. Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung. Allahyarham pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas pada November lalu.
Advertisement
Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sumber dari Astro Awani