
Juara dunia Keirin, Azizulhasni Awang telah dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Terbaik pada majlis Anugerah Sukan Universiti Victoria 2017 di Melbourne Australia.
Advertisement
Jaguh berbasikal trek negara itu kini lanjutkan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Kecergasan Klinikal dan Sains di universiti tersebut.
Azizul turut dianugerahkan Full Blue Award yang mana dia menjadi penuntut asing pertama memenanginya dan membolehkannya menerima biasiswa. Tahniah!
Sumber - Astro Radio News