Skip to main content

Advertisement

Berita

Azeem Fahmi Remaja Kelima Terpantas Di Dunia

Azeem Fahmi hampir-hampir melakar kejutan apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam saingan Pecut 100 meter yang berlangsung pada jam 6.55 pagi tadi. Hal ini demikian kerana, pelari pecut sensasi negara itu mencatatkan masa sepantas 10.14 saat, hanya dipisahkan 0.02 saat oleh pelari Afrika Selatan yang merangkul pingat gangsa melalui "photo finish", Benjamin Richardson dan juga Puripol Boonson di tangga ke-empat.azeem fahmi remaja kelima terpantas di duniaPemenang untuk acara pecut lelaki Kejohanan Remaja Dunia yang berlangsung di Cali jatuh kepada Letsile Tebogo yang memecahkan rekod remaja dunia dengan catatan 9.91 saat, jauh meninggalkan Bouwahjgie Nkrumie dari Jamaica di tempat kedua (10.02 saat).

Walaupun terlepas peluang menamatkan perlumbaan dengan "podium finish", Azeem Fahmi seharusnya merasa bangga dengan pencapaian layak ke final dan bersaing antara 8 pelumba remaja terbaik di dunia. Langit adalah batasannya, Azeem!

Advertisement

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda