Skip to main content

Advertisement

Berita

Selalulah Baca Surah Ini Untuk Elak Daripada Azab Kubur

amalkan surah ini untuk elak daripada azab kubur

Azab kubur adalah satu benda yang ghaib namun perkara itu pasti. Dengan mempercayai adanya azab kubur maka kukuhlah iman kita kepada Allah swt.

Advertisement

Namun, azab kubur ini hanya akan berlaku kepada mereka yang tidak beriman dan tidak percaya dengan sepenuh hati akan perintah Allah swt. Terdapat juga satu surah yang boleh diamalkan untuk mengelak daripada diseksa azab kubur.

Abdullah ibnu Mas’ud RA berkata: Dalam kubur, seseorang akan didatangi azab dari arah kakinya, maka kakinya akan berkata: “Tidak ada jalan untuk kamu datang dari arahku ini kerana dia selalu berdiri menggunakanku untuk membaca surah al-Mulk.”

Kemudian azab akan datang dari arah dada ataupun perut, maka dada ataupun perut akan berkata: “Tidak ada jalan untuk kamu datang dari arahku kerana dia selalu membaca surah al-Mulk,’

Selepas itu, azab akan datang dari arah kepala, maka kepala akan berkata: ‘Tidak ada jalan untuk kamu datang dari araku kerana dia selalu membaca surah al-Mulk.’

Berdasarkan kenyataan ini benarlah surah al-Mulk antara surah yang sangat kuat untuk dijadikan pendinding daripada terseksa azab kubur.

Sumber rujukan: Islam Itu Indah

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda