Mari kita lihat dan hayati maksudnya pada surah Al-Mulk ayat 15 ini:
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.
Advertisement
Ayat ini menjelaskan bahawa dunia ini merupakan satu hamparan luas terbentang yang perlu diterokai oleh sekalian manusia
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi.
Sejak awal lagi agama islam menggalakkan penganutnya untuk mengembara dan menimba ilmu pengetahuan. Allah telah menegaskan kepada manusia supaya pergi mengembara dan melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, mengeratkan silaturahim, dan pelbagai lagi.
Kesimpulannya, galakan tersebut adalah untuk meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan.
Sumber - Says.com
