Skip to main content

Advertisement

Berita

Ayah Lari Dari Rumah, Merajuk Anak Tak Izin Kahwin Lagi

ayah lari dari rumah, merajuk anak tak izin kahwin lagi

Gara-gara tidak dibenarkan kahwin lagi, seorang lelaki yang sudah bergelar datuk melarikan diri dari rumahnya di Ciputat Timur, Indonesia.

Advertisement

Memetik laporan Detik.com, Ketua Polis Daerah Ciputat Timur Komisioner, Bambang Askar Sodiq berkata, lelaki berusia 65 tahun tiba di balai polis dalam keadaan terpinga-pinga dan meminta segelas air.

"Semasa lelaki itu datang ke balai polis, dia kelihatan seperti terpinga-pinga. Mula-mula dia cuma minta minum dan kemudian mengaku menumpang di rumah anaknya yang beralamat di Setu Bungur, Pondok Ranji, Ciputat Timur," kata Bambang.

Susulan daripada itu, polis turut bertanyakan mengenai tempat tinggalnya dan lelaki tersebut mengaku masih ingat di mana dia tinggal sehingga akhirnya polis membawanya ke rumah anaknya pada hari yang sama.

“Pada hari Selasa, 11 Februari lalu, kira-kira jam 1 petang, dua pegawai polis telah mengiringi lelaki tersebut ke rumah anaknya untuk tujuan siasatan lanjut," katanya lagi.

 

Dalam pada itu, keluarga telah menceritakan bahawa lelaki itu keluar dari rumah pada hari Isnin jam 12 tengah hari sebelum keluarganya mencari ayah mereka tetapi tidak berjaya menemuinya.

Menurut mereka, keluarga telah cuba mencari beberapa stesen bas, tetapi gagal menemuinya dan ini berpunca daripada ayah mereka tidak dibenarkan berkahwin lagi.

“Menurut anggota yang membawanya ke rumahnya, keluarganya memberitahu ayahnya melarikan diri dari rumah anaknya kerana ingin berkahwin semula tetapi anaknya tidak membenarkannya,” tambah Bambang.

Sumber: Detik.com

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda