
Inisiatif Home of Live Astro terus mencuri perhatian apabila acara Hello Putrajaya berjaya menarik lebih 4,000 pengunjung di IOI City Mall Putrajaya pada Sabtu lalu.
Advertisement
Acara ini menonjolkan komitmen Astro untuk membawa hiburan keluar dari skrin televisyen, membolehkan peminat merasai pengalaman interaktif secara langsung bersama bakat tempatan.
Selain kehadiran fizikal yang menggalakkan, acara ini juga mencatat prestasi digital memberangsangkan dengan 2.043 juta tontonan di TikTok, melepasi sasaran 2 juta tontonan. Jumlah pengunjung fizikal yang hadir pula dua kali ganda lebih tinggi daripada sasaran asal, menandakan sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Hello Putrajaya menjadi platform unik untuk peminat berinteraksi dengan selebriti daripada program popular Astro seperti Gegar Vaganza 12, Astro Star Quest, Aattaam dan banyak lagi.
Pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan langsung, sesi temu ramah artis, serta pelbagai aktiviti komuniti yang menyeronokkan. Semua ini jelas memperkukuh kedudukan Astro sebagai peneraju hiburan negara.
Menurut Ezura Shazween Kamal Bahrin, Penolong Kanan Naib Presiden Pemasaran Kandungan Astro menjelaskan bahwa Hello Putrajaya adalah sebahagian daripada perjalanan ASTRO menuju Konsert Countdown KITA 2026.
“Kami mahu membawa pengalaman langsung yang lebih autentik dan bermakna kepada rakyat.
“Home of Live adalah janji Astro untuk menghubungkan peminat dengan bakat tempatan, dan membina hubungan yang lebih dekat antara komuniti dan jenama Astro,” ujarnya.
Sepanjang acara, pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti interaktif seperti persembahan muzik secara langsung, sesi temu ramah artis, perkongsian di belakang tabir, serta peluang bertemu bakat muda yang sedang meningkat naik.
Kejayaan Hello Putrajaya membuktikan bahawa platform Astro mampu membina komuniti peminat yang aktif, inklusif, dan bersemangat, sambil menyatukan rakyat Malaysia melalui hiburan.