
Saintis Agensi Angkasa Eropah atau dikenali sebagai ESA mendedahkan sebuah asteroid yang dilabel sebagai Asteroid 2006 QV89 dengan kepanjangan 40 meter bakal menghentam bumi pada 9 September ini.
Advertisement
Saintis ESA juga memberitahu asteroid sebesar Arch de Triomphe di Paris berada pada jarak 6.7 juta kilometer dari bumi berbanding 384,400 km jarak bulan dari bumi.
Walaubagaimanapun, kajian saintis ESA juga menyatakan keberangkalian untuk asteroid tersebut menghentam bumi ialah 0.01 peratius. Tetapi, peratus ini mungkin meningkat seandainya tiada langkah untuk mengelak diambil.
“Ia tidak mustahil berlaku; ia pernah berlaku dan bencana seperti ini terjadi sekali setiap 60 tahun,” kata Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Jim Bridenstine.
Jika ia berlaku, impak hentaman itu dijangka lebih dahsyat daripada letupan meteor pada Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia.
Bukan itu sahaja, letupan hentaman asteroid ini juga bersamaan 30 bom yang meletus di Hiroshima ketika Perang Dunia Kedua. Baru-baru ini, NASA melakukan satu simulasi mengerikan untuk melihat bagaimana ia dapat mengelak asteroid daripada melanggar bumi.
Sumber: Astro Awani