Skip to main content

Advertisement

Berita

Ini Asal Usul Hari Pekerja Yang Confirm Anda Tak Tahu

1 Mei telah dikhaskan sebagai Hari Buruh atau Hari Pekerja diserata dunia. Namun tahukah anda tentang sejarah atau asal usul Hari Buruh ini?

rupanya asal usul hari pekerja di malaysia bermula dari ipoh, perak

Dikenali dengan nama May Day, Hari Buruh yang disambut pada 1 Mei setiap tahun buat pertama kali disambut di Malaya pada tahun 1921 oleh golongan anarkis di Ipoh, Perak. Perhimpunan May Day itu dihadiri oleh para pekerja dan pelajar di Ipoh.

Advertisement

Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

rupanya asal usul hari pekerja di malaysia bermula dari ipoh, perak

Di Malaya, pada 1 Mei 1919, Goh Tun-ban, seorang anarkis disini telah menerbitkan rencana khas dalam akhbar tentang gerakan buruh seluruh dunia, khas bagi menyambut May Day. British pada ketika itu risau dengan gerakan idealogi ini dan menangkap Goh Tun-ban untuk dipenjarakan. Namun, gerakan ini masih meluas dan tersebar ke seluruh negeri.

Tanggal 1 Mei 1921, golongan anarkis telah berjaya menganjurkan perhimpunan Hari Buruh May Day yang pertama dalam sejarah Malaya di Ipoh, Perak. Ia juga diumumkan sebagai cuti umum buat semua pekerja.

Jadi selamat bercuti pada semua!

Sumber: orangperak.com

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda