Skip to main content

Advertisement

Berita

"AS Bakal Ambil Alih Gaza" - Trump Buat Pengumuman Mengejut

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencadangkan satu visi untuk pemilikan jangka panjang serta pembangunan semula Gaza.

Memetik laporan Reuters, Trump memberitahu AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza yang musnah akibat peperangan selepas penduduk Palestin dipindahkan ke tempat lain, dengan rancangan untuk membangunkannya secara ekonomi.

Advertisement

Trump mendedahkan rancangannya yang sungguh mengejutkan itu satu sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di Washington.

as bakal ambil alih gaza - trump buat pengumuman mengejut

Foto: Reuters

"AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza dan kami juga akan melakukan sesuatu dengannya. Kami akan memilikinya," kata Trump.

Trump menjelaskan, AS akan menangani bom belum meletup, meratakan tapak dan mengalihkan bangunan yang telah musnah.

Malah, pihak mereka turut akan mewujudkan pembangunan ekonomi yang bakal menyediakan penempatan serta pekerjaan tanpa batas kepada penduduk di kawasan itu.

as bakal ambil alih gaza - trump buat pengumuman mengejut

Foto: Reuters

Terdahulu, Mesir dan Jordan telah menolak mentah-mentah cadangan Trump untuk memindahkan rakyat Palestin keluar dari Gaza.

Hal ini berikutan kerana, pemindahan penduduk Gaza secara paksa adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan dilihat bakal mendapat bantahan keras.

Bahkan, sebilangan pejuang hak asasi manusia turut menyifatkan idea itu umpama langkah pembersihan etnik.

Sumber: Reuters

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda