Skip to main content

Advertisement

Berita

Arnab Ini Memegang Tahkhta Sebagai Arnab Berbulu Kembang Paling Gebu Di Dunia

Kredit www.barcroft.tv

Arnab mula dijadikan haiwan peliharaan sejak abad ke-19 lagi. Dengan fizikal yang comel dan mudah dipegang memudahkan si penjaga untuk memelihara mereka. Selain itu, karakter yang comel dan manja juga menjadikannya sebagai salah satu binatang peliharaan yang paling popular. Tapi rasanya anda mesti tidak tahu arnab dari baka Anggora boleh memiliki bulu sepanjang 15inci.

Advertisement

 arnab ini dinobatkan sebagai arnab paling gebu dan berbulu kembang di dunia

Seorang pembiak arnab, Betty Chu memenangi anugerah arnab paling gebu dunia yang mencapai panjang hampir 15inci  Wanita berumur 70 tahun ini menghabiskan 34 tahun mengutip hadiah dalam pertandingan 'English Anggora Rabbit'.

 arnab ini dinobatkan sebagai arnab paling gebu dan berbulu kembang di dunia

Betty Chu mempunyai 50 ekor arnab di rumahnya, San Jose, California. Demi memberikan yang terbaik untuk menjaga haiwan peliharaannya itu, beliau tidak pernah meninggalkan rumah dan tidak pergi bercuti sejak tahun 1992.

"Sejak pertama kali dikenalkan dengan arnab saya sudah jatuh cinta pada mereka, saya jugak telah dinobatkan dalam Guinness Book of World Record tetapi matlamat saya adalah menjadi pembiak baka Anggora terbaik di dunia."

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda