Skip to main content

Advertisement

Berita

Arab Saudi Menangguhkan Penerbangan Domestik Selama 14 Hari Angkara COVID-19

Arab Saudi menangguhkan semua penerbangan domestik, bas, teksi dan kereta api selama 14 hari mulai Sabtu, kata agensi berita negara tersebut.

arab saudi menangguhkan penerbangan domestik selama 14 hari angkaran covid-19

Menurut sumber tersebut, tindakan itu merupakan langkah berjaga-jaga untuk menghadkan penyebaran Coronavirus yang kini merebak ke seluruh dunia sehingga ada negara yang kini berada dalam keadaan berkurung.

Advertisement

Arab Saudi setakat ini telah mengesahkan 274 ke positif dan tiada kematian, sementara di seluruh dunia pandemik telah membunuh hampir 10,000 dan mengjangkiti lebih 240,000.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda