
Foto Hiasan
Advertisement
Dalam hidup, kita diajar untuk mengukur rezeki melalui apa yang kita dapat gaji yang meningkat, impian yang tercapai, peluang yang datang atau doa yang dimakbulkan tepat seperti yang diminta. Tetapi semakin kita dewasa, semakin kita belajar satu hakikat yang jauh lebih mendalam:
"Rezeki bukan hanya tentang apa yang Allah beri, tetapi juga tentang apa yang Allah takdirkan tidak sampai kepada kita."
Dan inilah bentuk rezeki yang paling ramai manusia terlepas pandang.
Ada permintaan yang kita sangkakan kebaikan.
Ada impian yang kita yakin akan buat hidup lebih bahagia.
Ada hubungan, pekerjaan, peluang atau perjalanan yang kita hajatkan sekuat hati.
Tetapi apabila semuanya tidak menjadi kenyataan, kita cepat merasa kecewa, seolah-olah pintu rezeki tertutup. Padahal, apa yang kita inginkan itu mungkin sebenarnya akan memudaratkan, menghancurkan ketenangan, merosakkan masa depan atau membawa kita jauh daripada jalan terbaik.
Mengetahui bahawa tidak dapat sesuatu juga adalah rezeki, itulah antara pelajaran yang paling mengubah cara kita melihat hidup.
Kadang-kadang kita hanya nampak hikmah selepas bertahun-tahun.

Foto Hiasan
- Pekerjaan yang gagal dapat rupanya buka pintu lain yang lebih berkat
- Hubungan yang tak menjadi rupa-rupanya menyelamatkan kita daripada luka yang lebih dalam
- Perjalanan yang tertangguh rupanya mengelakkan kita dari musibah
- Impian yang lambat tercapai rupanya mematangkan kita dahulu
Apa sahaja yang ditarik, ditunda, dialihkan atau diganti tetapi semuanya bukan kebetulan. Ia rahmat yang datang dalam bentuk yang kita tidak pinta, tetapi sangat kita perlukan.
Rezeki yang sebenar tak selalu bersinar. Ada yang datang sebagai:
- Ketenangan hati
- Hubungan yang sihat
- Dijauhkan dari bahaya
- Dilepaskan dari sesuatu yang tidak baik untuk kita
- Dikuatkan ketika semua terasa berat
Dan ada juga rezeki yang hadir tidak seperti yang kita pinta kerana Allah mahu memberi sesuatu yang lebih tepat.
Apa yang mengecewakan kita hari ini mungkin sebenarnya sedang melindungi kita daripada sesuatu yang jauh lebih buruk.
Rezeki sebenar bukan hanya apa yang sampai ke tangan kita, tetapi apa yang Allah jauhkan daripada menjatuhkan kita.