Foto: Facebook
Pelakon, Anzalna Nasir berkongsi bahawa dia pernah menerima rezeki yang tidak dijangka dan meyakini bahawa ia mungkin hasil doa anak-anak yatim yang pernah dibantu olehnya.
Advertisement
Menurut Anzalna, sumbangannya bukanlah besar atau mewah, sebaliknya hanya sekadar menanyakan apa yang mereka ingin makan dan berusaha menggembirakan hati mereka.
“Sebenarnya tak banyak pun saya belanja mereka, cuma tanya apa yang mereka teringin nak makan. Niat saya cuma mahu gembirakan hati mereka.”
Anzalna turut mengakui bahawa dia tidak pasti doa yang mana satu yang dimakbulkan Allah SWT, namun yakin bahawa rezeki boleh datang dengan sekelip mata.
“Tak pasti doa anak yatim yang mana satu Allah SWT makbulkan … Bila Allah nak bagi, sekelip mata sahaja boleh berlaku.”
Pelakon ini menegaskan bahawa perkongsian kisah tersebut bukan untuk menonjolkan diri, tetapi sebagai peringatan bahawa setiap kebaikan, walaupun kecil, pasti mendapat ganjaran daripada Allah. Beliau berharap cerita ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk sentiasa berbuat baik tanpa mengira saiz sumbangan.
Sumber: Thread