Skip to main content

Advertisement

Berita

Cikgu Ini Menyumbang 80 Peratus Daripada Gajinya Untuk Pembangunan Sekolah Dan Akhirnya Menerima Hadiah $1 Juta

cikgu ini menyumbang 80 peratus daripada gajinya untuk pembangunan sekolah dan akhirnya menerima hadiah $1 juta

Sumber gambar: CNN

Advertisement

Seorang guru matematik dan fizik dari kawasan pedalaman Kenya, Peter Tabichi, telah dipilih sebagai pemenang Varkey Foundation Global Teacher Prize pada hari Ahad yang lalu. Dengan kemenangan itu, beliau layak membawa pulang wang tunai bernilai $1 Juta.

Beliau merupakan seorang guru di kawasan Perkampungan Pwani. Dengan hanya satu komputer, rangkaian internet yang teruk dan nisbah pelajar-guru 58:1, beliau langsung tidak pernah putus asa dalam mendidik mereka. Malah, setiap bulan beliau akan menyumbang lebih 80% gajinya untuk pembangunan sekolah tersebut.

Hampir kesemua pelajarnya datang daripada keluarga mkskin dan hampir 1/3 daripada pelajar sekolah tersebut ialah anak yatim atau hanya mempunyai seorang penjaga.

Tabichi mendapatkan bahan pengajaran melalui internet. Setiap waktu beliau akan ke cybercafé untuk mendapatkan bahan pengajaran dan seterusnya digunakan sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran.

Beliau juga membimbing kelab sains sekolah itu dan beberapa orang pelajarnya telah terlibat dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pasukan matematik dan sains sekolah itu telah layak untuk bertanding dalam INTEL International Science and Engineering Fair pada tahun ini yang berlangsung di Arizona. Malah, salah seorang pelajarnya telah memenangi anugerah daripada Royal Society of Chemistry selepas kajiannya terhadap tumbuhan hidup dapat menghasilkan elektrik menarik perhatian juri.

“Anugerah ini bukanlah mengiktiraf diri saya tetap mengiktiraf betapa hebatnya anak-anak muda di benua ini.” Kata Tabichi kepada yayasan tersebut.

Anak murid Tabichi juga berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran. Antaranya, kekurangan makanan, penyalahgunaan dadah, kehamilan dalam kalangan remaja dan kahwin awal. Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Keriko Mixed Daymembukrikan mereka berjaya melangkah ke kolej.

“Anda perlu kurang bercakap dan bertindak dengan lebih banyak” Kata Tabichi lagi.

Tabichi menerima anugerah tersebut daripada pelakon terkenal, Hugh Jackman yang telah mengacarakan majlis yang berlangsung di Dubai itu.

Sumber: CNN

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda