Sebalik kejayaan yang dilihat khalayak ramai sudah pasti ada kisah yang tidak ketahui oleh mana-mana insan. Melainkan, apabila tuan empunya badan sendiri yang sanggup menceritakan.
Penyampai radio ZAYAN, Anas Tahir kongsi pengalamannya dahulu menyambung pengajian di United Kingdom tanpa sebarang biasiswa, pinjaman atau hutang.
Advertisement

Anas berkongsi bahawa dulu dia pernah bekerja membersihkan swimming pool di Swansea semata-mata ingin menampung hidup dan yuran pengajian di Swansea ketika itu.
Menurut coretan beliau di akaun Facebook, rutin hariannya akan bermula dengan membersihkan perpustakaan orang tua pada pukul 6 hingga 9 pagi.
“Dulu setiap hari kerja aku dari pukul 6 - 9 pagi aku bersihkan library orang tua. Pastu pukul 9 pagi - 6 petang aku masuk kuliah. 6 petang 8 malam aku bersihkan office estate dekat tingkat atas sekali dan mop tangga 4 tingkat.
"Pukul 8 malam aku balik rumah, aku masak nasi, goreng drummet dan potong timun. Kadang-kadang makan dekat BFC (Bangla Fried Chicken) kebabnya sedap. Kadang-kadang kawan-kawan aku tinggalkan masakan mereka,” tulisnya.
Ingatkan berhenti disitu sahaja rutin hariannya, ternyata beliau bersambung bekerja pada pukul 10 malam hingga 4 pagi. Dan akan bermula semula rutin yang sama pada keesokan hari.
Beliau turut berkongsi pada ketika itu, dia sanggup tidak berjalan atau bercuti semata-mata ingin bekerja mencari wang untuk menyara hiduk dan memiayar yuran penganjiannya.
“Itulah cara aku nak bayar yuran semasa duduk di sana dulu. Waktu cuti, kawan-kawan berjalan merata, mereka ajak aku. Tapi aku tolak sebab aku nak bayar yuran (nak cari duit).
“Kadang-kadang sampai sekarang aku macam tak percaya apa yang Allah beri kekuatan dan beri nikmat hidup untuk aku. Boleh tamat pengajian tanpa sesen pun hutang. Ada juga pernah rasa nak putus asa. Tapi macam tak sampai hati nak ‘give up’,” tulisnya lagi.
BELAJAR DEKAT UK TANPA PINJAMAN, BIASISWA MAHUPUN HUTANG. 2007-2009 dulu aku pernah kerja bersihkan national swimming...
Posted by AnasTahir on Friday, December 18, 2020
Sumber: Anas Tahir