Skip to main content

Advertisement

Berita

“Kalau Dalam Adik Beradik, Dia (Faizal ) Yang Paling Bijak Plan Dan Hasilnya Akan Gempak.” Anas Tahir

“kalau dalam adik beradik, dia (faizal ) yang paling bijak plan dan hasilnya akan gempak.” anas tahir

Baru-baru ini, Faizal Tahir telah mengumumkan studio album terbarunya berjudul ROJAK. Bukan sekadar itu, Faizal juga turut mengumumkan album tersebut ialah buah tangannya yang terakhir. Perkara tersebut telah mengejutkan ramai pihak dan mendapat pelbagai reaksi.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, kami cuba mendapat reaksi dan pandangan daripada adik penyanyi tersebut, Anas Tahir yang merupakan salah seorang penyampai radio ZAYAN bagi segmen Salam Bros.

“Saya menghormati apa keputusan abang saya. Bagi saya, dia seorang pengkarya yang bijak dan telah banyak membantu industry muzik. Jadi, sekiranya dia merasakan ini pilihan yang terbaik untuk dirinya, maka terbaik juga lah untuk saya dan keluarga kami.”

Anas juga berkata, dalam kalangan 7 orang adik beradiknya, Faizal merupakan seorang yang bijak merancang,

“Kalau dalam adik beradik, dia yang paling bijak plan. Jadi, kalau dia buat keputusan tu kitorang percaya yang dia ada sebab tersendiri dan kami percaya hasilnya akan gempak.”

Disebabkan oleh itu, ahli keluarganya yang lain turut menghormati keputusan yang diambil oleh Faizal sendiri.

“Saya rasa abang saya hanya berhenti untuk menyanyi. Tetapi, dia tetap akan terus menyumbangkan jasanya dalam bidang muzik melalui penulisan lirik dan juga menggubah lagu. Jadi, sama-sama kita nantikan projek-projek Faizal Tahir akan datang.” Kata Anas lagi.

Album ROJAK mempunyai 13 buah lagu dan mempunyai keunikan tersendiri. Antaranya, terdapat sebuah lagu didedikasikan buat kelab bola sepak yang diminati oleh Faizal Tahir, dan juga muzik rasmi untuk filem BoBoiBoy: The Movie.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda