
Baru-baru ini, Wan Kuzain Wan Kamal telah mencipta sejarah kerana muncul sebagai anak Malaysia pertama menjulang kejuaraan USL Western Conference bersama Swope Park Rangers selepas membenam OKC Energy menerusi penentuan sepakan penalti 7-6 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selama 120 minit dalam aksi final Sabtu lalu.
Advertisement

Sejak menyertai kelab itu pada pertengahan musim ini, Kuzain atau lebih dikenali dengan gelaran Messi Amerika telah menyertai kelab itu pada pertengahan musim ini dan menjadi tulang belakang kepada kebangkitan pasukan itu.

Hasil kemenangan ke atas seteru utama dari saingan Western Conference itu, pemain berdarah Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat itu akan memimpin pasukannya beraksi dalam pentas final Piala USL 2017 berdepan satu lagi juara Eastern Conference iaitu Louisville City FC pada 13 November ini, di Kentucky, Amerika Syarikat.
Wan Kamal iaitu ayahnya berkata di dalam akaun facebook , menyaksikan peminat bola sepak tempatan terkejut dengan pencapaian cemerlang anaknya itu apabila ruang komen dilimpahi ratusan ucapan tahniah dan doa.
"Terima kasih atas sokongan kepada Kuzain. InsyaAllah, pada Disember ini dia akan pulang ke Malaysia bersama abangnya," kata Wan Kamal kepada peminat anaknya itu.
Bakat Kuzain sering mendapat pujian jurulatihnya, Nikola Popovic yang mengakui kagum dengan kebolehan pemain berusia 19 tahun itu.Malah, dalam aksi pertamanya ketika menewaskan OKC Energy 3-1 dalam saingan liga tujuh bulan lalu, dia merekodkan ketepatan hantaran paling tinggi dengan 96% sekali gus menguasai bahagian tengah.
Tahniah kepada Kuzain, semoga terus membanggakan nama Malaysia, teruskan perjuangan!
Sumber - Berita Harian Online