Skip to main content

Advertisement

Berita

Amyra Rosli Kini Berhijab Selepas Mengerjakan Umrah

amyra rosli kini berhijab selepas mengerjakan umrah

Menerusi Astro Gempak, pelakon cantik itu meyerahkan tanggapan umum mengenai dirinya dan tidak mahu memberikan sebarang jawapan mengenainya.

Advertisement

“Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung.”

“Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.”

Walau bagaimanapun, dia sempat memberikan teka-teki mengenainya agar netizen berfikir sendiri mengenai perkara itu selepas hampir sebulan dia mengenakan hijab terutamanya selepas pulang dari umrah.

“Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri.

“Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan.”

amyra rosli kini berhijab selepas mengerjakan umrah

Sumber : Astro Gempak

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda