Skip to main content

Advertisement

Berita

AMARAN! Fasa Peralihan Monsun Sudah Bermula

permulaan fasa peralihan monsun bermula

Peralihan monsun yang diramal bermula esok sehingga awal bulan depan, dijangka menyebabkan ribut petir, banjir kilat dan ribut.

Advertisement

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari, berkata pada masa sama, kawasan serantau negara ini akan menerima tiupan angin dari pelbagai arah dengan kelajuan lemah.

"Dalam tempoh ini, kejadian hujan lebat dan ribut petir dalam waktu singkat serta angin kencang akan lebih kerap berlaku, terutama pada waktu petang dan awal malam.

"Keadaan ini biasanya berlaku di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat serta tengah Sarawak," BH Online.

"Elakkan meletak kenderaan di kawasan mempunyai banyak pokok tinggi dan papan tanda yang dikhuatiri boleh tumbang akibat angin kencang atau ribut petir," katanya.

permulaan fasa peralihan monsun bermulaMaklumat terkini berkaitan cuaca boleh diperoleh melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia atau www.met.gov.my, aplikasi mobil-myCuaca, Facebook malaysiamet, Twitter @malaysiamet atau MMD Hotline di talian 1300 22 1MET (1638).

Kredit Jabatan Meteorologi Malaysia dan BH Online. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda