
Ibadah Qurban antara amalan yang paling mulia. Disebalik amalan tersebut, terdapat beberapa lagi amalan sunat yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan lebih banyak pahala.
Advertisement
Berdasarkan laman web pejabat mufti Melaka, terdapat lima amalan sunat yang boleh dilakukan semasa mengerjakan ibadah qurban
PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN
- Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban memotong rambut dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah qurban.
- Semasa menyembelih binatang qurban disunatkan :
- Membaca Bismillahirrohmanirrahim
- Berselawat ke atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
- Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
- Bertakbir sebelum membaca Bismilah dan selepasnya.
- Membaca doa : Maksudnya: "Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya."
- Sebaik-baiknya ibadah qurban ini dilaksanakan sendiri tetapi harus diwakilkan kepada orang lain.
Sumber: Mufti Melaka