
Advertisement
Pelantun lagu ‘Amboi’, Altimet menyatakan bahawa kulit wajahnya adalah perisai yang menghalang dirinya daripada perkara yang sia-sia.
Pemilik nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 41, menulis perkara itu melalui laman Instagram-nya.
Kulit aku perisai aku. Kulit aku byk lindungi aku dari benda2 negatif. •
Dari orang yang menilai orang lain hanya dari segi luaran sahaja. Tak ramai orang mcm ni dalam hidup aku. Alhamdulillah. •
Kulit aku lindungkan aku dari wanita wanita yang boleh melalaikan aku. Dengan itu membuka jalan untuk yang nampak lebih dalam dan mendapat jalan masuk kedalam hati aku. •
Kulit aku pernah membuat saingan2 aku memandang rendah kat aku, jadi mereka tak endahkan aku, sekaligus memberi aku ruang untuk menjadi lebih kuat & handal untuk mengatasi mereka. You know who you are.